ORDER FORM

Name:
no.phone
Email Address:
address
code item
Total quantity
Payment via CIMB
MAYBANK
Pertanyaan @ cadangan

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, February 2, 2010

~Tutorial pemakaian selendang ala2 Dato' Siti Murhaliza~



1. Pakai anak tudung ekin seperti biasa. Masukkan bahagian yang selebihnya ke dalam baju untuk tampak lebih kemas.

2. Letakkan selendang diatas tudung ekin. Pastikan panjang kedua-dua belah sama. Letakkan jarum peniti atau pin di bahagian tepi kedua-dua belah pipi untuk mengelakkan selendang daripada jatuh.

3. Ambil salah satu bahagian selendang tidak kira sebelah kiri atau kanan, mengikut keselesaan anda dan letakkannya di bahagian bahu berlawanan. Pastikan anda menyusun selendang di atas bahu dengan kemas supaya tidak nampak semak. Susun selendang tersebut di bahagian dalam selendang yang lagi satu.

4. Letakkan bahagian selendang lagi satu di bahu berlawanan. Pastikan anda mengambil bahagian yang paling hujung atau bahagian bucu dan letakkan di bahu seperti di dalam gambar. Ambil sedikit-sedikit helaian selendang dan susun di atas bahu sehingga sepenuhnya terletak di atas bahu.

5.Kemaskan susunan selendang anda supaya nampak lagi kemas

Kini anda telah siap menggayakan selendang dengan stail ala-ala Dato' Siti Nurhaliza. Tidak perlu membeli selendang Siti kerana selendang panjang juga boley digayakan ala2 stail Dato' Siti.

Selamat mencuba ya.....;)

0 comments on "~Tutorial pemakaian selendang ala2 Dato' Siti Murhaliza~"

Post a Comment

 

My Blog List

Followers

Anggun Muslimah Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez